Monday, 12 March 2012

BUNUT SARANG BURUNG



Hari ni aku nk ceritakan sedikit latar belakang tempat tinggal aku sejak dari kecik yakni dengan lebih tepat lg tentang KAMPUNGKU..hu3... Ok, nama sebenar kampung aku ialah Kampung Bunut Sarang Burung... Kampung aku ni terletak kat tumpat iaitu sebuah daerah yg terletak dalam negeri Kelantan Darul Naim.. Dulu masa aku skolah, ada la jugak aku tanya org tua pasal asal usul nama kg aku tu.. Tu pn sebab cikgu aku pada waktu itu suruh aku buat karangan pasal kampung halaman.. Masa tu aku darjah enam.he3.. Kalau dah sedia, jom dgr cerita aku tentang asal usul kampung yg menjadi kebanggaan aku ni...
Al kisah maka tersebutlah kisah sebuah kampung yg terletak dipinggiran kawasan dekat negeri kelantan.. Suasana di kampung tersebut sangatlah aman lagi damai tiada persengketaan dan perbalahan... Kegiatan harian penduduk pula adalah bercucuk tanam... Diceritakan penduduk bahawa di kawasan kampung tersebut ada sebatang pokok yg sangat besar lagi tinggi akan sifatnya.. Pokok yg besar itu mempunyai dahan dan daun di hujung sekali..nama pokok tersebut dikenali sebagai pokok Bunut.. Maka, pada suatu pagi yg indah lg nyaman, sekawan burung telah hinggap di atas pokok tersebut lalu membuat sarang..Setelah beberapa minggu maka semakin banyaklah burung burung dari pelbagai jenis membuat sarang di atas pokok tersebut..Oleh yang demikian, ada sesetengah penduduk kampung tersebut cuba memanjat pokok tersebut untuk mengambil anak burung yg ada dalam sarangnya.. Namun semua percubaan memanjat pokok tersebut menemui kegagalan.. Seorang demi seorang dari mereka mengalah kerana pokok bunut tersebut terlalu besar dan tinggi.. Oleh kerana itu,maka bermulalah pencarian dan cabaran kepada penduduk setempat dan luar kawasan untuk menakluki pokok tersebut.. Dari hari ke hari, minggu ke minggu dan bulan ke bulan, tidak ada seorang pn penduduk dapat menakluki pokok tersebut... Maka pada suatu hari seorang anak raja dan pengikut2nya telah datang melawat kg tersebut.. Didengari olehnya  berita mengenai pokok tersebut... Keesokkan pagi. anak raja tersebut terus ke lokasi tempat pokok yg besar lg tinggi itu berada.. Tanpa sebarang perasaan ragu2, anak raja tersebut terus memulakan langkah memanjat pokok itu...  Sedikit demi sedikit beliau memanjat.... Akhirnya, dengan kepandaian dan usaha yg gigih, anak raja tersebut  berjaya menakluki pokok itu... Disebabkan oleh kejayaan itu, anak raja tersebut telah memanggil nama kampung tersebut sebagai kampung bunut sarang burung... Maka tersebarlah cerita tersebut ke serata tempat.. Cerita tersebut juga menjadi kebanggan penduduk kampung itu sehingga di ceritakan kepada anak cucu mereka sampailah ke hari ini... Sekian...

1 comment: